Thursday, August 22, 2013

500 korban gas beracun

500 korban gas beracunFoto dikeluarkan didakwa mangsa terbaru serangan senjata kimia ketika pasukan siasatan PBB berada di Syria.< 1 / 1 >DAMSYIK - SYRIA . Dua kumpulan pembangkang Syria mendakwa, lebih 500 terbunuh apabila tentera Presiden Bashar al-Assad melepaskan gas beracun dalam satu serangan dekat Damsyik, semalam.Kumpulan yang mengaku sebagai aktivis berkata, tentera rejim Bashar menembak roket berisi gas ke kawasan orang awam.Sementara itu, Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria berpangkalan di Britain melaporkan, serangan mencetuskan ketegangan di pinggir bandar Zamalka, Arbeen dan Ein Tarma.Bagaimanapun, dakwaan serangan gas beracun itu masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.Menurut pegawai, serangan itu dipercayai bertujuan mahu menakutkan kumpulan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditugaskan memeriksa isu penggunaan senjata nuklear."Jelas sekali, ia adalah usaha pembangkang untuk menggagalkan dan mencari kesalahan penyiasat PBB terhadap misi mereka di Syria," katanya dipetik dari laporan Al-Jazeera.Minggu lalu, sekumpulan pakar senjata PBB tiba di Damsyik bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan pemberontak menggunakan senjata kimia yang membunuh penduduk serta tentera Syria. 
Source:http://syriaberdarah.blogspot.com/2013/08/500-korban-gas-beracun.html

500 korban gas beracun Images

Korban Tewas di Manhattan Square Diduga Menghirup Gas Beracun
(600 x 330 - 51.00 KB - jpeg)

500 korban gas beracun - Sinar Harian
(490 x 368 - 86.42 KB - jpeg)

Embusan asap putih mengandung CO2 di seitar Kawah Timbang, Dieng ...
(600 x 600 - 74.30 KB - jpeg)

500 Korban Gas Beracun
(357 x 285 - 43.28 KB - jpeg)

No comments:

Post a Comment